Bismillahirrohmannirrohim..

Assalammualaikum..

welcome to my blog! .

follow up my blog okey ! .

enjoy your reading dear ! .

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 29, 2011

selamat menyambut ISRAK MIKRAJ !! 27hb REJAB 1432 .. ALHAMDULILLAH ..

Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masjiD al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.      
 Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.


   Sepanjang perjalanan Isra' dan mikraj, Rasulullah s.a.w telah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia samada mereka beriman atau pun tidak. Salah satu peristiwa yang wajar untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah apabila baginda s.a.w telah tercium bauan harum Mashitah dan kelaurga yang telah gugur syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup berhadapan dengan Firaun yang zalim. Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang bergelegak panas demi Allah daripada menerima azab Allah yang lebih pedih jika tunduk kepada Firaun yang sesat itu. Jika kita menghayati peristiwa yang berlaku ke atas Mashitah dan keluarganya ini maka kita akan merasa begitu kerdil sekali berbanding pengorbanan tinggi Mashitah seorang penyikat rambut anak perempuan Firaun dan mendapat gaji daripada Firaun tetapi tetap mempertahankan imannya. Kita belum lagi diminta terjun kawah panas tetapi apabila diugut sesuatu yang menggugat kerjaya di mana kita terus gelabah dan senyap. Tidak kurang yang terus terhutang budi kepada pemimpin walau pun mereka zalim semata-mata kita lihat merekalah yang memberi gaji kepada kita dan mesti ditaati walau pun sudah jelas kezaliman dan kesesatan yang dilakukan di hadapan mata. Fikiran waras kita seperti tidak dapat mengukur dimanakah perbezaan antara tanggungjawab atau amanah dengan sumbangan. Kita seperti lupa bahawa Allah sebenarnya pemberi rezeki dan mesti disembah bukannya pemimpin yang menjalankan amanah diangkat sebagai  pemberi rezeki yang mesti disembah dan ditaati. Ingatlah bahawa jika kita benar-benar sayangkan Islam dan mahu ia diletakkan disinggahsananya yang sebenar maka sebarang ugutan, tindakan dan sebagainya ke atas kita mestilah diharungi dengan penuh kesabaran kerana kemenangan Islam pasti tiba dan kita yang berjuang ini jika kalah di dunia tetapi habuan akhirat tetap menunggu kita dengan syarat kita bersungguh-sungguh, yakin, sabar dan ikhlas kepada Allah. 



Kelebihan bulan Rejab:

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir.
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat.
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.

Firman Allah SWT:
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

(Surah Al Israa:ayat 1)

DOA BULAN REJAB

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.


Wallahualam...

No comments:

Post a Comment