Bismillahirrohmannirrohim..

Assalammualaikum..

welcome to my blog! .

follow up my blog okey ! .

enjoy your reading dear ! .

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 2, 2011

Selamat Datang Syaaban yg mulia,,,

Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya:
 "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan 
tiga hari pada pertengahan Syaaban dan 
tiga hari pada akhir Syaaban, 
maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti 
pahala tujuh puluh nabi dan 
seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan 
apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. 
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah
 kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa,
 pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari 
segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah 
masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh 
kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:

Berpuasa Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya :
 " ..... Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, 
sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, 
dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada 
yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".
Banyak melakukan amalan takwa dan taat.Menahan dan menjauhkan diri daripada
 melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 
" Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan
 bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya
 dan menahan diri berbuat maksiat, 
maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan 
memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun 
penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya ".

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” 
Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, 
“Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.”
 (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

so,,kita sebagai umat Islam kena lah merambat pelung yg Allah SWT free2  bg kt kite nh okey,,
semoga kita mendapat keredhaanNya dgn apa yg kita lakukan..
InsyaAllah,,,

No comments:

Post a Comment